Wanita ibarat bunga... cantik
indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah
cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila
dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga
kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata
kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi
nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah
yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan
wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan
iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Karena itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja
dia akan menjadi remaja yang berakhlak.. sebagai isteri, dia menjadi
isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan
mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah,
dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Islam tidak membedakan kedudukan atau d3rajat seseorang apakah mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada
Allah...
Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 artinya...
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
HR Muslim
Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan
wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki
tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah
masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama,
iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita
sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka
tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124.
Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :
"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah
mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu
adalah yang paling baik terhadap isterinya."
HR At-Tirmidzi Rasulullah saw
telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan
sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk
meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap
bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan
Muslim
Terdapat perbedaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita
secara fisiknya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu
mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah
telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang
merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai
sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh
wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol,
berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada
kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita menurut perspektif
Islam adalah : Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati.
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya." Ar Ruum : 21
Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.
"Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum : 21
Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan.
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu
sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu."
An Nahl : 72
“kutipan artikel”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar