Wahai
Pemuda, Adakah Kamu Menyedari Mengapakah Kamu Diciptakan dan Apakah Kepentingan
Kamu?
Kamu
dicipta untuk membenarkan tujuan 'ubudiah kepada Allah swt dan memandu ummat ke
arahnya, juga kamu menerima tugasan dan pimpinan yang telah diletakkan di atas
bahu kamu : (Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan daripada
untuk beribadah kepada Ku) Az-Zariyat : 56
Dan
kamu dijadikan juga untuk beriltizam kepada manhaj Rabbani yang tidak dibawa
oleh kebatilan walaupun secebis, bahkan manhaj ini diturunkan daripada al-Hakim
dan al-Hamid : (Dan barangsiapa yang mencari dien selain daripada Islam, maka
tidak akan diterima buat selama-lamanya dan dia di akhirat kelak adalah terdiri
daripada golongan yang rugi).
Ali
'Imran : 75
Dan
kamu dijadikan untuk memberikan wala' dan ketaatan hanya kepada Allah, Rasul
Nya dan golongan yang beriman : (Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul
Nya dan orang yang beriman yang mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, serta
mereka itu tetap ruku'. Dan barangsiapa yang berwalikan Allah, Rasul Nya dan
orang yang beriman, maka sesungguhnya Parti Allah itulah yang pasti menang)
Ali
'Imran : 109
Adapun
kepentingan kamu yang agung yang telah ditaklifkan oleh Allah dengan
tujuan-tujuan tersebut dan untuk tujuan-tujuan tersebut maka disimpulkan kepada
menegakkan hukum Allah di bumi ini, mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada
mengabdikan diri sesama makhluk kepada pengabdian terhadap Allah, dan daripada
kesempitan dunia kepada keluasannya, dan daripada kezaliman kekufuran kepada
keadilan Islam... (ikhrajul 'ibad min 'ibadatil 'ibad ila 'ibadatillahi, wa min
dhayyiqid-dunia ila si-'atiha, wa min jauril kufri ila 'adlil Islam)
Kemudian
Tahukah Kamu Wahai Pemuda - Dengan Apakah Kamu Akan Melaksanakan Tujuan
Tersebut?
Kamu
akan melaksanakan tujuan-tujuan tersebut dengan lima sifat asasiah :
1. Keimanan yang benar yang tidak sekali-kali akan bergoyang dan tidak mudah
patah (Sesungguhnya orang mu'minun itu ialah mereka yang beriman kepada Allah
dan Rasul Nya, kemudian mereka tidak sekali-kali berasa ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta mereka, malah dengan diri mereka sendiri pada jalan
Allah. Merekalah golongan yang benar.) Al-Hujurrat : 15
2. Keikhlasan yang benar yang tidak mengenal kepura-puraan dan bermuka-muka
(Dan tidaklah mereka itu diperintah melainkan untuk mengabdikan diri kepada
Allah secara ikhlas dalam menjalankan agama dengan lurus, dan mendirikan solat
serta mengeluarkan zakat. Dan itulah agama yang benar.) - Al-Bayyinah : 5
3. Tekad yang teguh yang tidak mengenal takut dan gentar (Golongan yang
menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada Nya, tetapi mereka
tidak takut kepada selain daripada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan.) - Al-Ahzab : 39
4. Kerja yang berterusan tanpa penat dan letih (Dan katakan -wahai Muhammad-
Bekerjalah kamu semua, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga
dengan Rasul Nya dan golongan yang beriman. Dan kamu semua akan dikembalikan
kepada Yang Mengetahui akan perkara yang ghaib dan nyata, lalu Dia akan
memberitahu setiap apa yang kamu lakukan.) - At-Taubah : 214
5. Pengorbanan yang tulus yang tidak kenal selain daripada kemenangan atau
syahid(Adakah kamu mengira kamu senang-senang akan masuk syurga sedangkan tidak
datang kepada kamu seperti mana yang pernah dialami oleh mereka sebelum kamu.
Mereka ditimpa mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan -dengan pelbagai
cubaan- sehingga Rasul dan golongan yang beriman berkata: Bilakah datangnya
pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.) -
Al-Baqorah : 214
Realitinya,
kelima-lima sifat ini adalah ciri-ciri yang ada pada pemuda-pemudi yang
membenarkan janji Allah kepada mereka, daripada sifat-sifat as-syabab yang
tidak takut kepada celaan dan cercaan kerana Allah... kerana asas kepada IMAN
adalah HATI YANG CERDIK, asas kepada IKHLAS adalah JIWA YANG BERSIH, asas kepada 'AZIMAH adalah
JIWA YANG KUAT, asas kepada AMAL adalah KEMAHUAN YANG CERGAS, dan asas kepada
TADHIYYAH adalah 'AQIDAH YANG BENAR, inilah sifat-sifat yang tidak mungkin
terkumpul kecuali pada golongan syabab dan tidak mungkin dimiliki kecuali oleh
pemuda-pemudi yang beriman.
Justeru,
syabab mu'min sama ada pada zaman dulu atau pun pada hari ini dalam setiap
marhalah yang berlaku dalam sejarah kebangkitan umat Islam, mempunyai kekuatan
yang tidak pernah pudar, izzah dan karamah yang sentiasa bangkit :
(Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka,
dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.) - Al-Kahfi : 13.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar