Rasulullah S.A.W.
telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka
sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa
yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya,
dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul
Mahaarim)
Rasulullah S.A.W
telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah
S.W.T, antaranya :
1.
Orang lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4.
Orang lelaki yang melarikan diri.
5.
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6.
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
tudung.
8.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya
sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari
Allah."
Hassan r.a berkata :
"Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah
mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar